Hai, inilah tempat saya berkongsi cerita dan pengalaman bersama anda semua. Cerita-cerita ini adalah cerita saya (meine Geschichte) yang saya ikhlas nak share ngan anda semua. Cerita-cerita ini adalah dari pengalaman, pandangan atau idea saya yang saya rasa sesuai untuk dikongsi bersama. Apa yang perlu anda buat, sit back, relax and enjoy reading...

Wednesday, February 24, 2010

Putus Cinta

Cepat sangat sembuh... HEBAT.

Tuesday, February 23, 2010

KTMB- Keretapt Tak ikot Masa

Bagi saya singkatan nye memang kene!

Monday, February 22, 2010

Kambing

Rasa macam nak diet. So makan banyak sayur. Rasa macam kambing plak. Wakakakaka

Thursday, February 18, 2010

Kosong

Malam ni saya rasa kosong sangat!

Job Vacancy

To all my beloved readers,there is a WALK-IN INTERVIEW
FOR ADMINISTRATIVE OFFICER GRADE N41 (CONTRACT) at
MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS, feel free to visit http://www.kln.gov.my/files/walk-in-bi.pdf for further information. May Allah help you...No harm to try, InsyaAllah.

Tuesday, February 16, 2010

Mak Pah

Hari ini, saya melawat Rumah Titian Kaseh. Hanya Allah yang tahu macam mana anak-anak di sana melalui kehidupan mereka. Sebahagian tanpa ibu, tanpa bapa, dan ada sebahagian tanpa ibu dan bapa. Saya sempat bermain dengan mereka dan saya dapat lihat mereka sangat dahagakan kasih sayang. apa yang saya cuba sampaikan disini, Mak Pah memerlukan bantuan kita semua untuk memastikan rumah ini dapat bertahan. Jadi, jika anda ingin menderma anda bolehlah menghulukan bantuan itu terus kepada mak pah di rumah itu. Bantuan anda sangat dihargai. Hanya Allah dapat membalas jasa itu. Amin

Sunday, February 14, 2010

So sweet

Pada masa itu, saya sedang makan bersama-sama housemate saya dengan rasa sangat kecewa dan marah. Saya marah sebab tiba-tiba Sidia tak jadi nak join makan dengan saya dan hosemate saya. Tapi dalam hati saya cakap, biarkan je...SiDia sangat keliru. Semua orang akan berada dalam dilemma jika berada di tempat dia. "Ditelan mati emak, diluah mati bapa". Saya malas nak paksa-paksa SiDia. SiDia dah besar untuk buat keputusan sendiri. Semasa makan-makan dengan hosemate saya tu, tiba-tiba Sidia telefon kata nak jumpa sekejap. Jadi tanpa berlengah masa, saya pun bergegas pulang selepas makan. Sebentar kemudian, Sidia telefon beri tahu yang Sidia dah sampai. Saya pun jumpa dia. Tiba-tiba dia beri satu beg kertas famous amos yang dalamnya ada bear yang saya pegang macam dalam gambar. So sweet...Untuk makluman semua, saya cakap dekat dia "I LOVE YOU". p/s: sebagai tanda bukti 14.02.2010 saya postkan khas story ini pada tarikh ini.

Saturday, February 13, 2010

Kampungku

Selamat pagi orang melaka! Hari ini saya akan pulang ke Melaka (balik kampung). Dari rumah sewa saya, pagi-pagi lagi saya bercadang bertolak menuju rumah kakak saya. Kami hendak pulang ke kampung bersama-sama. Saya tak sanggup nak tempuhi heavy traffic due to CNY especially on tuesday nanti, so tumpang kakak jer. Mesti banyak kereta dekat highway masa nak balik KL. Best balik kampung, ada makanan sedap dan free, ada family dan ada saudara-saudara. Lama Tak jumpa semua, sekarang dapat jumpa...

Friday, February 12, 2010

Hartamas

Jap lagi nak pergi makan dekat hartamas square...
Yong tau foo "goreng ganja"<---buat kami asyik nak makan aje. Malam ni pergi makan dengan hosemate yang keseorangan masa cuti-cuti ni. Kesian dia. Esok nak balik kampung...

Laparnye perot

Tadi tiba-tiba saya terpaksa ke putrajaya untuk menghantar satu dokumen penting. Proses dengan pihak kerajaan kadang kala memakan masa yang agak lama. Tapi saya tetap menunggu dengan sabar dan tersenyum. Mereka juga manusia, mungkin kerana nature of business mereka begitu, mereka terpaksa menjadi begitu. Jadi saya ambil langkah menunggu dengan sabar. Namun terdapat juga segelintir kakitangan kerajaan yang sangat ramah memberi bantuan kepada saya.
Semasa menunggu, saya terlupa untuk makan tengahari dan sekarang jam 5.05 petang dan saya sangat lapar. Saya masuk pantri dan terlihat Maggi Tomyam dan saya masak maggi. Now time to eat....(p/s: malam nanti nak g makan kat hartamas square)

Thursday, February 11, 2010

Semalam

Semalam semua okay. malam tadi masa balik dinner dengan dia, saya terserempak dengan keliwon dan ah-boy. diorang nak pergi main bowling. tapi esok nk keje, macam mane nak pergi. saya tak larat nak ikut sama. takut esok pagi bos suruh buat keje ade yang tertidur dekat depan laptop...

btw nak pegi mana ek raya cina???saya balik kampung habiskan masa dengan mak+ayah+adik beradik+anak2 buah. Dia dah ada date untuk raya cina+valentine!

Semua nak cepat

Kadang-kadang pelik bile ada orang yang tak considerate to others. Come on, we all are rushing to work. Apalah salahnye kalau menggunakan sedikit kepintaran anda untuk kebaikan bersama. Simpan saje rahsia kebodohan masing-masing untuk tatapan sendiri. Ada segelintir umat pekerja yang suka masuk keretapi dan terus berdiri di pintu- arrrggh...sakit hati sebab dalam masih kosong...to all commuters that are using any services, get in the train properly and allow other to get in as well! Lihat lah nak pergi kerja pon kene Q

Wednesday, February 10, 2010

Lambat datang kerja

Pagi tadi saya dah terbangun, tapi mata jer yang susah nak buka. Saya pun tertidur balik. Ketiga-tiga Jam loceng yang ada ber bunyi dan tangan saya dengan megahnya hanya mematikan. Saya pun tidur semula. Kemudian saya bangun, saya lihat jam, masih ada masa. Jadi saya pon membilas baju di dalam mesin basuh dan mandi perlahan-lahan. bersiap-siap dan rupa-rupanya saya tak sempat datang office at the right time. Argghhh, marah sangat perasaan saya. Tapi apa nak buat, salah sendiri. Jadi kepada mereka yang mengalami masalah bangun pagi seperti saya pasang lebih dari satu jam loceng dan berjalan laju serta pastikan semua baju dah bergosok... Saya lambat datang kerja hanya 11 minit. Tapi, tetap lambat...

Kali Pertama

Hai, inilah kali pertama saya cuba untuk menulis blog. Sangat kelakar...Dengan pengetahun IT yang cetek, saya terkial-kial mencari cara bagaimana untuk menyiapkannya. Tapi, Alhamdulillah saya berjaya. Sekarang ni saya tengah bosan tak tahu nak buat ape kat rumah ni. Dari balik kerja tadi tak henti-henti mengadap laptop ni sampai dah tak tau nak wat pe. Suddenly, i read my friend's blog and i realise that its cool to have a blog where I can share my story and anything that i feel like sharing. Then, i create mine...Saya start sharing cerita esok lah....